assalamualaikum:)
Wahai para pencinta Rasulullah,hendaklah kamu berselawat ke atas nabi agar mendapat syafaat di akhirat kelak serta mendapat hikmah disebaliknyaaa....Amin...Sedikit sebanyak tentang cinta kita,nabi Muhammad s.a.w.....Amat menarik sekali kisahnya,,,huhu...
RAMBUT RASULULLAH SENTIASA RAPI
Anas Ibn Malik meriwayatkan:"Rasulullah s.a.w suka memperbanyakkan minyak rambut, merapikan janggut, serta sering mengenakan penutup kepala sehingga menyerupai pakaian penjual minyak."
[Riwayat al-Tirmizi dan al-Baihaqi]
RASULULLAH GEMAR PAKAIAN PUTIH
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih.Orang yang masih hidup antara kalian, hendaklah memakai pakaian putih. Dan orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dikafani dengan kain yang berwarna putih. Sungguh, pakaian yang berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik bagi kalian."
[Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad]
CARA RASULULLAH MAKAN
Ka'ab bin Malik meriwayatkan: "Rasulullah s.a.w makan dengan menggunakan ketiga-tiga jari Baginda. Usai makan, Baginda menjilat ketiga-tiga jarinya".
[Riwayat al-Tirmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad]
Sumber: Majalah Solusi
No comments:
Post a Comment