Pages

Sunday, 9 September 2012

Raya with my Friends

sejak aku tukar name blog aku ni takde sape pulak singgah blog aku, mungkin bile diorang klik kat link blog aku ade error, memang lah tak leh bukak jawabnya =0

hari khamis hari tu aku ada jemput kawan2 dekat aku je untuk buat jamuan makan2 kat umah aku, especially aku jemput ustazah sekali!, hehe, sebab ada anak dia kan, sebab tu aku jemput, lagipun aku dah biase ngan ustazah ngan kawan2 rapat aku, aku ingat nak jemput ramai, tapi takut makanan tak cukup, sian pulak, rupanya mi goreng tu banyak lah pulak mak aku masak =0

aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat kawan aku sebab sudi datang raya kat umah aku, terharu jugak aku kat korong, yela korang sanggup datang lepas balik sekolah, mane taknya, raya dengan bertemakan memakai baju sekolah, tak lupa jugak kat mak aku sebab masak makanan2 yang sedap2 sangattttttttttt!,
mi goreng, puding jagung berkuah n kek coklat, air botol je, wakaka! sebab dah ada air puding berkuah tu, cukup laaaaaa kan, hee =)

p/s: sory time ni takde gambar sebab aku ada henpon cikai je, kamera, memang takde lah kan untuk waktu ni =)

Tuesday, 4 September 2012

How to set our masa?

kalau kat henpon ade GMT, klu kat blog ni pun tanya kita GMT apa..kankan? tapi klu kat komputer pun tanya GMT brape, eh ada ke kat komputer?
jawab lah sayang ku, huhu.....

apakah itu GMT?
orang panggil GMT atau lebih tepat panggil Greenwich Mean Time.
okay sumber Mr.Google, thanks a lot!

kalau duk kat Malaysia kita punta GMT ialahhhhhhh  GMT + 8.00 (standart time).
pahey ke dok ni? aku pun tak brape arif dalam GMT ni, tapi kalau korang nak tau, tanyalah Mr.Google aka kesyangan korang la kan... atau boleh lawat laman ini, greenwichmeantime.com.

Sekian.

waitsssssssss! sila menjamu mata anda dulu...sila2, heww!

skarang pukul brape kat Malaysia? ohmyyyyy!

Thursday, 30 August 2012

Lirik Ya Hanana

Assalamualaikum =)









This is Qasidah, first time dengar..memang best and merdu! Subhanaallah...Ni pun tau dari video kat atas tuw..Suara budak kecil comel2 je...hehehe =)

credit: Incik_Kazak =)


Tuesday, 12 June 2012

Assalamualaikum,
in the caliph of Allah,
we meet again as always,
u know y i luv u,
cause ur my sister,
thats always give me a tazkirah,
to be alert at this duniya,
sometimes i can be a strong girl,
sometimes i want to cry loud,
owh so shameful,huhuuuuu~
thanks to my sis cause u give many words,
thats cannot diungkapkan begitu sahaja,
u know u are the beautiful girl,
who has owsemm akhlak,
and i like ur attitude,
i wish that u become a succesful at duniya n akhirah,

although i have a terrible english, but i find it fun...

Ujian Pada Orang Perempuan


Jom Dengar, Memang Lawak Habis dan banyak ilmu dapat disini...

Nasib Orang perempuan:
Mengandung salah
Tak mengandung salah
Kawin salah tak kawin salah
Kawin cepat salah
Kawin lambat pun salah
Kawin hantaran murah salah
Kawin hantaran mahal pun salah


Inilah dugaan perempuan sebab tulah pahala bagi perempuan ni besar dan masuk syurga pun senang...


Jaga:
SOLAT, PUASA, FARAJ DAN TAAT PADA SUAMI....


Friday, 11 May 2012

Kuih Melaka

Assalamualaikum,

"hari ni naa puasa mama buat kuih melaka ni" "meh sinii tolong mama jangan duk relaks je kat atas tu" hehe, Setahu saya nama lain kuih ni ialah kuih onde-onde, budak kelas saya masa saya kecik slalu sebut nama kuih ni, rupanya inilah rupa bentuk kuihnya, kuih melaka ni bahan asasnya tepung pulut, saya tak sempat tengok cara nak buat tepungnya sebab masa tu saya ada kat bilik, terbantut nak study masa tu T~T, tapi tak pe la, bukan sape pun panggil tak lain tak bukan mak kita yang panggil jadik kena rajin2 kan diri la ya~ bwahaha,

kuih melaka ni kena rebus dalam air, masa kita nak letak dalam periuk, kuih tu tenggelam, lepas dah agak masak kuih itu akan timbul, toingg~ "angkat saya angkat saya" bwahaha, then kita gaul2 kannya dengan kelapa parut, sebelum tu kena letak secubit garam kat kelapa parut tu bagi ada rasa sikit, hmmm hasilnya memang owseeem laa dan rasanya jugak sedaap!



kuih melaka (onde2)


Wednesday, 9 May 2012

Test-ing menulis

anneong~ baru selesai tido n ulangkaji bm punya subjek~ Saya rasa kan makin lama makin menjadi2 saya ni duk depan computer pulak, hmm mak saya baru pegi keja, sebelum keja mak saya pesan macam2, biasa laa nenek pun ada kat umah, adik pegi main bola, abang pulak keja (after spm) laa katakan, ayah pun keja maghrib baru balik, masing2 cari rezeki untuk menyara hidup ni untuk keluarga jugak kan, x pa janji rezeki halal, kadang2 pikir hidup ni memang sedih sangat2, sebab tak tau kenapa, ada kan rahsia, hehe, ku tetap sabar mengharungi dunia ini dengan penuh liku2 yang agak sukar untuk kita hadapi, tapi Allah tu maha adil, dia akan bagi hambanya ujian yang mampu kita buat je, walaupun kita anggap ia agak susah~ yang perlu kita buat adalah terus usaha n usaha lagi dengan apa jua cara yang deredhai Allah, jika dimana ada kemahuan, disitu ada highway bak kata citer movie err (i dont know) huh! yang penting kita kena sentiasa senyum kerana senyum itu sedekah walaupun dalam hati kita ni memang banyak masalah, yela supaya kawan2 kita tengok kita pun tenang~, so always Smile =)))

a day with lovely friend

Assalamualaikum,
Hari ni adalah merupakan hari untuk mengulang kaji pelajaran, terutamanya bm, waaa, kita masih bole duk depan laptop sambil bersuka ya~ hmm, apa la aku ni memah x bole diharap tapi petang ni nak cover semua tatabahasa ku,orang kata bm ni tak tahu nak baca apa, tapi? sebenarnya bm ni subjek yang susah lagi2 untuk spm, fuhhhlamak~ agak laa susah, hehee, i will continue my revision later ya~
"Mama naa nak buat kek ni dengan kawan" mama said "okay, bahagi dua ya nanti kek tu", "laa maaa kawan nak bawak balik satu kek tu laa, dia nak bagi kat family dia" mama said again "kalau macam tu buat dua loyang la ya" n i only said " yesh maa" beregh~ mak sy mmg suka makan kek, yang saya ni suka buat kek, tu pun kek coklat je pung~ tapi memang happy sangat sebab buat kek ni ngan kawan, huhu,, kek kawan tuu siap letak topping coklat lagi n add onn cream apa tah namanya, macam ala2 kek hari jadi,
dan beberapa jam kemudian jadilah kek coklat seperti ini,
chocolate cake


uuh topping cream tu lebih laa, boleh laa buat main2 letak kat kek ku yang serba kosong ni~ bagi warna warni sikit, mekasih laa banyak2 ya~

petak petak
taraaa~

Tuesday, 8 May 2012

A is for Allah

Wah indahnya dunia harii ni kerana kita masih bernafas walaupun orang kata oksigen kekurangan, yela banyak pokok2 yang sudah ditebang lebih2 lagi pokok yang dah nak hampir pupus! so banyak carbon dioxide je laa kan, huh?
Hari ni nak kongsi satu lagu yang memang sungguh amazing dari Yusuf Islam, penyanyi yang berasal dari UK, pernah dengar lagu alif ba ta tak, lagu atau lebih sedap bahasanya ialah nasyeed kan3?hehe, memang kalau dengar lagu ni, huh memang cair dengar lirik seni katanya, lagi2 orang yang suaranya merdu macam Yusuf Islam, lagu ni tanpa muzik, so takda lah pening sangat nak dengar kan.... lagi pun first time saya dengar memang memikat hati laa, sesuai untuk kanak2 riang seperti saya dan juga anda! hehe ^~^

YUSUF ISLAM

Allah is the only god <3
I'm a muslim and proud :=))

Saturday, 28 April 2012

Motivasi untuk Diri

plez le dont to be negatif ppl sgt~ just be a positive le, kan bagus utk otak, klu kita negetif sgt hidup pun semua akn jdk susah nnti, spirit pun mudah hilang, setiap kekecewaan tu akn ad titik kejayaan bg org yg tabah dlm hidup ni, klu kita asyik negatif, semua keja nk buat pun x jdk kan, tp kita kena la cari jalan penyelesaiannya kan, jgn nk asyik dgn kekecewaan tu je, asyik bersedih, its not good, tapi dalam hidup ni pasti ada ujian, Allah akn bg ujian ni utk hamba yang boleh menyelesaikannya:) Allah pun xnk susahkan kita, dia uji kita sebab dia sayang sgt kat kita~ so be positive mind and open minded

this is just my opinion, kalau ada salah silap kata harap diberi tunjuk ajar~

Wednesday, 18 April 2012

Slurppyy while SKYPE-ing

ASSALAM~~~~~~
Adakah anda pernah tahu webcam? ya webcam tu yg tengok muka sendiri dengan sekali kucing2 mahupun adek2 kaa~ ahahha Kalau ada webcam boleh la buat SKYPE, its truely amazing SKYPE~ I SKYPE U U SKYPE I, kahkahkah, kalau kat desktop xda skype lagi, anda boleh download di http://www.skype.com/, bukak la ya~ pastu kan, kan kan, yela kena download dulu baru moleh skype atau berwebcam ngan sedare2 kita, tapi klu pompuan digalakkan ber-webcam ngan kawan2 pompuan je la ya tau~ heee


create an account or sign in.
 Kalau nak skype-ing while fb-ing pun moleh~ lagi amazing tgok fb dekat skype, huhu, nmpk unik sikit la kan,
fb in SKYPE.

okay
byebye~

Monday, 16 April 2012

Lapisan Cheese cake

Assalamualaikum,

Hari nak update pasal kek yang x berapa nak menjadi,, tapi pabila lapisan cheese ni disejukkan, ia amat sedap sekali hingga tidak terkata, ni adalah first time saya buat cheese cake, huhu, memeag agak seronak kalau kita buat sendiri, ia satu pengalaman yang amat menyeronokkan ! saya just ikut resepi, then menjadik laa pulak, tapi alamaklums la firtst time buat, lapisan cheese ni kurang rasa, mungkin kena letak butter sikit, baru sedap n meletops!, nanti yang kali bole cuba lagi, saya kukus ya, bukan bakar, kalau kukus bagi saya ia perkara yang amat mudah sekali!
lapisan cheese cake !
its just a simple cheese cake! cheese semata2, no others okay,, yang kali boleh buat lagi, tapi kena ubah resepi sikit bagi ia lagi nampak fresh gitu.

just a simple
tu gambar sebelum dikukus, saya bubuh kacang sebagai hisannnya, hehe, kukus selama 45 minit~ saya mmg teringin sangat nak buat lapisan cheese ni, tu laa saya beritahu mama "mama, naa nak buat kek!" pastu mama told me ya apa bahannya jom kita beli, wakakka, naseb baik mama saya sporting~

dan2 lepas lapisan cheese ni masak saya tercengen sekejap, nipisnyaaaaa~ awatnya?, then terus saya buat lapisan chocolate cake pulak, cepat2 buat, then kek ni telah bertukar nama kek coklat cheese, its so nyummy~
handmade by me~
tapi sepatutnya lapisan chocolate cake kat bawah n lapisan cheese cake kat atas, hok aloh, terbalik pulak, pun moleh~~~ then saya ada capture gambar yang lapisan cheeesenya belah atas, tu baru betul (potong cantik2)!

Monday, 9 April 2012

14:34

My bestie food

ASSALAM ^^

dear cutesttt diary, dah lama x godeks dis belog :S,, saya buat blog ni sekadar untuk bagi informasi dan sedikit interesting pasal sesuatu bendaa, im not materialistik , i think so , huuuu?

Baru balek kampung kat Johor, hujung peta kampung kita tu, best jugak dekat ngan pantai, heee :D,Food enough? yesss opcoase laa, i lap u food, doesnt food lap me?, nope3, they just lap my pelut sampai licin, eeiii,
Ayam ni ranggup?
Ni ayam masa kenduri kat umah nenek,, order catering nasi ayam, sedap la jugak n murah,,huhu,, Tapikan mama saya masak nasi ayam lagi berganda sedap,nyummieee, coz apa? sbb biasanya masak nasi 3pot, klu buat menu nasi ayam, mama saya tros masak nasi 5pot, meletop2 gitu, heehe, eh3 nasi masak ke? nasi tanak laaa, tanak nasi okay, pembetulan =)
terlebih bajet

Banyak lebih nii, so cikk inn tolong bungkuskan untuk tappau manyak2, untung lah lebih, rindu pulak dengan mereka2 kat Johor sana, inshaallah klu ada masa cuti jumpa lagi, buat kenduri lagi, hehe


Puding ni mama buat sedapppp! tapi sempat makan sikit je, banyak lg makanan yang perlu dirembat,, apa2 pun mmg sedap! lupa nama puding ni apa,,..kek ni nenek sebelah ayah yang bagi, ni pun x sempat nk makan :S sedih pulak , xpa2 apa2 pun terima kasih semua, heee

Monday, 20 February 2012

Khan Academy

Assalamualaikum,,

Al-maklums lah dah masuk tingkatan 4 ni banyak subjek yang perlu catch up,,apekeh?? kalau era ni , ramai parents yang hantar pergi tuition untuk anaknya. Aku agak SERAM dengan subjek yang perlu aku carried sehingga SPM ni. 2 tahun kot,Tap Tip Tup dah masuk form 5.

BIO, PHYSICS, ADD MATH, CHEMIS,
SAY IT LOUD aaaaaaaaaaaarghhh! (ini bukan satu keluhan atau apa,hanya sekadar melepaskan sterrss yang berada di minda or otak ^^) kuhkuhkuh.


*sigh*

Aku berharap internet dapat membantu aku belajar..Ya! Absolutely yes!!..Aku jumpa satu alternatif untuk belajar untuk subjek2 yang disebut diatas,dan yela cam aku ni mana mampu nak pergi tuisyen n save budget la katakan,hehe.Korang boleh belajar melalui Video(youtube)...Meh3 nak kongsi satu laman web ni..ilmu ni..Sila layari laman web ini...KLIK----->KhanAcademy. Sila godek2 ya website ni.peace.

Untuk pengetahuan semua BASIC MATH pun ada diajarakan n beratus-ratus ribu video telah dibuat.Harap dapat dimanfaatkan.


khanacademy

WAAAAAAAAAAAAAA AMAZINGGGGG!! ^_^

Alhamdulillah,
ASSALAMUALAIKUM,


Thursday, 16 February 2012

Ayat Seribu dinar

Ayat Seribu Dinar




"And for those who fear Allah, He (ever) prepares a way out, And He provides for him from (sources) he never could imagine. And if anyone puts his trust in Allah, sufficient is (Allah) for him. For Allah will surely accomplish His purpose: verily, for all things has Allah appointed a due proportion."

"dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. "

Petikan Surah At-Talaq:65, sebahagian daripada ayat 2 & 3.

-ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.Jazakallah Khairan.^^

Sunday, 5 February 2012

Qatar, (Tanah Arab)

Assalam,,
woohooo bulan 2.2012,,dah sebulan jadik buday form 4,apa2 pun setakat ni alhamdulilah okayy...dan tak lupa jugak hari ini merupakan hari Maulidur Rasul merangkap hari ahad,,hehhee...Kepada seluruh Umat Islam Salam Maulidurrasul,,May Allah Bless Us..

Ada seorang kakak chatting ni,dia post coklat kat saya,waaa teruja sangat masa tuu,saya nak ucapkan banyak2 terima kasih kerana sudi post barang tuu,,huhu sayang kak Esra...



ekekkekeke,,nombor telefon tu tak betul kak Esra bantai je tu,,huhu...Apa2pun sedap coklat tuu,,huhu..Siap bawak skola lagi nk kongsi ngan kawan2,,nyum3 Deliciouss!!

Monday, 23 January 2012

Assalamualaika Ya Rasulallah

assalamualaikum:)
Wahai para pencinta Rasulullah,hendaklah kamu berselawat ke atas nabi agar mendapat syafaat di akhirat kelak serta mendapat hikmah disebaliknyaaa....Amin...Sedikit sebanyak tentang cinta kita,nabi Muhammad s.a.w.....Amat menarik sekali kisahnya,,,huhu...

RAMBUT RASULULLAH SENTIASA RAPI
Anas Ibn Malik meriwayatkan:"Rasulullah s.a.w suka memperbanyakkan minyak rambut, merapikan janggut, serta sering mengenakan penutup kepala sehingga menyerupai pakaian penjual minyak."
 [Riwayat al-Tirmizi dan al-Baihaqi]

RASULULLAH GEMAR PAKAIAN PUTIH
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih.Orang yang masih hidup antara kalian, hendaklah memakai pakaian putih. Dan orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dikafani dengan kain yang berwarna putih. Sungguh, pakaian yang berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik bagi kalian."
[Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad]

CARA RASULULLAH MAKAN
Ka'ab bin Malik meriwayatkan: "Rasulullah s.a.w makan dengan menggunakan ketiga-tiga jari Baginda. Usai makan, Baginda menjilat ketiga-tiga jarinya".
[Riwayat al-Tirmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad]
                                                                
                                                                                                                              Sumber: Majalah Solusi

Saturday, 21 January 2012

Solat =)


assalamualaikummm:)
Hidup ni kena sempurna,,dalam solot pun gitu laa,,salah satu khusyuk dalam solat ialah faham makna bacaan dalam solat,,huhu,,

jom <3

Doa Iftitah
  
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


Bacaan ketika tahiyat awal

Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tambahan untuk tahiyat akhir

Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.